
Green Technology
Teknologi Hijau

Teknologi Hijau?
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi yang meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
-
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
-
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
-
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
4 Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
-
Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
-
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
-
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
-
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.